Wednesday, 16 May 2012

Teknologi Kenderaan Hybrid


Pendahuluan

 Teknologi hybrid adalah teknologi menjimatkan minyak yang diperkenalkan secara meluas dalam pasaran. Walaupun harganya agak mahal daripada kenderaan berteknologi biasa, kadar penggunaan minyak yang rendah menjadikan tarikan utama pembeli kepada model hybrid. Kepada mereka yang sedang mencari kereta baru yang menjimatkan minyak, mungkin anda boleh memillih kenderaan yang menggunakan enjin hybrid.

   Kereta hybrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor). Ramai menyangka kereta hybrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan lebih 100 tahun lalu. Sebenarnya banyak pengeluar kereta di Amerika Syarikat, Jerman, dan Jepun berlumba-lumba memerah otak menghasilkan teknologi hybrid.

   Contohnya Toyota mula memperkenalkan kereta hybrid pertama, Prius, pada pertengahan 1997 untuk pasaran tempatan negara itu diikuti Honda yang melancarkan Honda Insight, kereta hybrid dua tempat duduk pada 1999.

    Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional. Ternyata pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hybrid sebagai keutamaan. Walaupun menjimatkan penggunaan minyak, kereta hybrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan, terutama harganya yang lebih tinggi.
  Sebuah kereta hybrid Honda denga berkapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000.

     Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000. Namun, pembeli yang berkemampuan boleh membuat pilihan untuk tujuan penjimatan minyak bagi jangka panjang.



 Kenali Teknologi Hybrid

    Model produksi pertama kenderaan bersifat komersial ialah Ford model T yang diperkenalkan pada era 1900. Ketika itu ia langsung tidak dijangka menjadi antara penyumbang utama pencemaran alam sekitar. Kekaguman dunia terhadap industri automotif memuncak tanpa adanya kesedaran bahawa kemudahan yang kita kecapi hari ini penyebab kemusnahan dunia.



Model Ford T
      Hakikatnya bahawa pencemaran oleh gas karbon monoksida hanya mula disedari 70 tahun selepas itu dengan negara maju mengambil inisiatif memperkenalkan alat catalytic converter, had pengeluaran asap dan jangka hayat kenderaan.

Teknologi enjin hybrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel yang dimana kedua-dua bahan api fosil itu sentiasa terdedah kepada kenaikan harga.Teknologi enjin hybrid sudah dimajukan oleh beberapa gergasi automotif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.

Definasi Teknologi Hybrid:
Teknologi hybrid ini didefinasikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan,sekaligus menjimatkan minyak.



Bagaimana teknologi hybrid berfungsi:
  • Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak dalam pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari yang mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.
  • Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa,sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa kepada kenderaan itu.
  • Kaedah kedua ialah enjin bahan api tidak disalurkan terus untuk menggerakkan transmisi enjin tetapi penjana yang bertindak mengeluarkan caj elektrik kepada bateri atau kuasa motorelektrik menerusi sumber daripada bahan api itu. Antara komponen dalam kenderaan hybrid ialah enjin bahan api lebih kecil dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan kadar pelepasan asap,sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar.
  • Komponen lain ialah motor elektrik sebagai penjana kuasa,bateri voltan bersaiz kompak yang menyimpan tenaga,manakala transmisi enjin sama dengan kereta konvesional lain.Berbanding enjin kereta konvesional.kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hybrid lebih 80% rendah.
   Jika ditinjau situasi semasa, kereta kuasa elektrik terbukti tidak mencemarkan alam sekitar,sebaliknya hanya berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicaj semula selain kereta itu bergerak perlahan dan kesukaran mencari tempat untuk mencaj semula.




Faktor:
Kebanyakan kereta memerlukan enjin bersaiz besar untuk menghasilkan kuasa bagi menggerakkan kereta dengan pantas tetapi penggunaan enjin kecil boleh ditingkatkan dengan menggunakan komponen lebih ringan termasuk mengurangkan jumlah silinder dan memaksimumkan penggunaan enjin.
  • Keberkesanan enjin hybrid bukan saja meningkatkan penjimatan minyak dan berfungsi menyimpan tenaga yang disimpan di dalam bateri yang enjin akan dihentikan sementara apabila kenderaan berhenti dilampu isyarat tetapi dibantu kuasa bateri biasa. Kereta hybrid tidak memerlukan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tinggi kerana motor dan bateri kereta itu tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.
  • Kini teknologi hybrid muncul bagi merancakkan lagi usaha ke arah menjadikan bumi lebih hijau. Antara gergasi automotif yang telah memperkenalkan teknologi hybrid mereka ialah Toyota (Hybrid Synergy Drive) melalui model Toyota Prius, Honda (Integrated Motor Assisstant) melalui model Honda Civic Hybrid, Ford (Fusion Hybrid) melalui model Ford Fusion Hybrid dan sebagainya dan tidak ketinggalan syarikat automotif tempatan, Proton (Lotus Range Extender) melalui model kereta konsep mereka, Proton EMAS.
  • Malaysia juga antara negara di rantau ini yang komited dalam polisi Teknologi Hijau malah, dalam Dasar Automotif Negara (DAN) yang dibentangkan tahun lalu, ia termaktub bersama. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui.
  • Syarikat-syarikat yang mengamalkan aktiviti2 penjimatan tenaga layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan dan Status Perintis.
  • Walaubagaimanapun buat masa ini teknologi hybrid masih lagi mahal. Harga sebuah Toyota Prius di Malaysia ialah RM 175 000, Honda Civic Hybrid RM 130 000 manakala Proton EMAS dijangka akan berada di jalan raya seawalnya 2012. Ketika mana dunia mengalami penyusutan bekalan petroleum, pengenalan dan penambahbaikan teknologi hybrid amatlah dialu-alukan.
  • Jika sekarang sebuah kereta bersesaran 1600 cc yang menempuh kesesakan jalan raya selama 45 minit untuk ke tempat kerja berjarak 12 km (penghuni Pulau Pinang Pulau Mutiara lebih memahami) memerlukan 7.0 L petrol untuk perjalanan sejauh 100 km, maka dengan teknologi hybrid jumlahnya boleh dikurangkan kepada 3-4 L petrol sahaja. Jadi bayangkan penjimatan petrol dan wang yang ditawarkan selain pengurangan asap dan bahan pencemar lain ke atmosfera bumi. Harap2 dengan belanjawan 2011 yang telah keluar baru2 ini kita akan mempunyai kenderaan hybrid mampu milik.


Teknologi Kenderaan Hybrid 

 

 

            Ketika manusia terus mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini, manusia semakin menyedari betapa terlalu teruknya kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin serusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.
 
            Salah satu sebab utama minyak digali daripada dalam bumi adalah bagi bahan api kenderaan pengangkutan. Selain daripada sumber pencemaran, minyak merupakan bahan api yang terdapat dalam jumlah yang terhad. Oleh itu akan sampai pada satu ketika di mana bumi akan kehabisan minyak dan ini akan menimbulkan masaalah kepada sistem pengangkutan.

          Pakar sains dan penyelidik menyedari bahawa kenderaan pengangkutan seperti lori dan kereta tidak memerlukan minyak semata-mata, malah terdapat bahan api pilihan lain. Disebabkan oleh itu, pelbagai bahan api pilihan lain telah dimajukan bagi menggantikan minyak. Diantara bahan api yang mempunyai peluang untuk dimajukan adalah seperti berikut.


1.                  Bahan Api Bio.
2.                  Elektrik
3.                  Hidrogen



    Kenderaan elektrik merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bagi mengerakkannya. Kenderaan elektrik berkesan bagi menggerakkan kenderaan sebagaimana minyak. Selain itu, kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, mempelbagaikan sumber tenaga, dan ciptaan baru dalam bidang industri kenderaan, kenderaan elektrik telah dipilih untuk dimajukan. Ini adalah kerana ia menawarkan jawapan kepada masaalah sumber tenaga bagi masa panjang, dan tidak mencemarkan alam sekitar.

    Terdapat tiga pendekatan bagi membekalkan kuasa bagi kenderaan berkuasa elektrik, iaitu hybrid, suria, dan sel bahan api (fuel cells). Walaupun kenderaan berkuasa elektrik bukannya ciptaan baru, kebanyakan kemajuan dalam industri kenderaan elektrik dibangunkan semenjak 1980-an, dan dengan applikasi teknologi moden, pereka kenderaan elektrik mampu meningkatkan kenderaan elektrik menjadi lebih berkesan dan berkuasa tanpa mencemarkan alam sekitar.

  • Sejarah kenderaan elektrik telah lama bermula semenjak abad ke 17 lagi. Kenderaan elektrik pertama yang diketahui merupakan model kecil yang dibina oleh Professor Strtingh pada tahun 1835 di Bandar Duct di Groningen. Kereta ini bagaimanapun tidak pratikal disebabkan harganya yang tinggi dan tempoh hayat bateri yang singkat.
  • Kenderaan elektrik yang pratikal dibina adalah sebuah kereta elektrik kecil yang dibina oleh Thomas Davenport di Amerika Syarikat. Thomas meningkatkan keupayaan kereta elektriknya, mengurangkan harganya, dan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa. Walaupun dengan peningkatan ini, kereta elektrik tersebut tidak popular kerana dia terpaksa menggunakan bateri tidak boleh caj semula bagi kenderaannya. Kelihatannya orang awam tidak mungkin menggunakan kenderaan elektrik disebabkan faktor bateri, tetapi ini semua bertukar apabila Gaston Plante seorang Perancis mencipta bateri simpanan boleh dicaj semula pada tahun 1865.
  • Kenderaan elektrik pertama yang mendapat perhatian dunia adalah kereta lumba La Jamais Contente. Ia dibina di Belgium pada 1899 untuk berlumba. Kereta tersebut memecahkan rekod dunia di Perancis dengan dipandu oleh Camille Jenatzy pada tahun 1899, dengan kelajuan sehingga 62 batu sejam. Bagaimanapun kenderaan elektrik dipinggirkan apabila kenderaan menggunakan minyak dimajukan, sehinggalah 1980-an.
  • Pada 1900-an kenderaan elektrik dimajukan bagi kegunaan lain selain kenderaan awam. Ia dimajukan sebagai cara murah bagi bergerak jarak dekat dalam kilang, padang golf, dan kampus, terutamanya di mana terdapat keperluan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Tidak lama kemudian, orang ramai mula melihat peluang bagi kenderaan elektrik. Pada awal 1980-an pasukan penyelidik dibentuk, dibiayaai oleh syarikat kereta utama dunia bagi membangunkan semula kenderaan elektrik dengan penggunaan kemajuan teknologi baru dalam bateri, pengabungan sistem dan aerodinamik.
 
Tidak lama kemudian terdapat ura2 kerajaan akan mewajibkan kepelbagaian sumber tenaga, dan syarikat kenderaan, tenaga elektrik, dan masyarakat pendidik akademik mula melakukan penyelidikan, ujian dan membangunkan kenderaan berkuasa elektrik.
  • Sekitar 1990 beberapa bandar California mulai menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara.
  • Pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh peratus menjelang tahun 2000 dan 30% menjelang 2030.
Dengan pengumuman ini, lebih banyak syarikat dan pasukan penyelidik telah menyertai penyelidikan kenderaan kuasa elektrik. Pengeluar kereta gergasi seperti Honda, GM dan Chrysler membelanjakan berjuta dolar bagi penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dapat dihasilkan bagi jualan seawal 1996. Juga semenjak Akta Polisi Pencemaran Kebangsaan diluluskan kenderaan elektrik ditonjolkan secara meluas diseluruh US dan kerajaan turut menawarkan potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.





Oleh kerana sebahagian besar minyak digunakan bagi pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara terbesar di dunia, dengan itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang tidak bergantung kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik bagi permasaalahan ini. Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara. Ini bererti bahawa sekiranya kenderaan elektrik menggantikan kereta tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.

         Selain itu, asap dari enjin pembakaran dalam mendorong kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ini mampu meningkatkan kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman, tumbuhan dan punca penyakit Barah. Penggunaan minyak turut menyumbang kepada kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh kehabisan sumber minyak kepada dunia. Kekurangan minyak selama 5 tahun secara berterusan mampu menyebabkan harga minyak mencecah tiga kali ganda, sesuatu yang sukar dipercayai.


Namun sekarang, manusia semakin menyedari betapa serius kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan inimenjadikan mereka semakin berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.


Sistem dan mekanisma enjin Toyata Prius

 


         Entri kali ini saya ingin bercerita pula satu lagi gergasi kereta hybrid daripada syarikat pesaing terdekat Honda iaitu Toyota. Dari segi reka bentuk, Prius tidak menggunakan konsep kereta Sedan sebaliknya kereta dengan 5 pintu (ala-ala MPV). Reka bentuk aerodinamik yang diterapkan menjadikan Prius lebih menyerlah sebagai kereta jenis hybrid berbanding Honda Civic Hybrid yang menggunakan reka bentuk sama dalam keluarga Civic. Tapi ini bukan cerita yang ingin saya huraikan sebaliknya adalah mekanisma engin yang berbeza dengan sistem Honda yang menggunakan Integrated Motor Assist (IMA).

Untuk lebih memudahkan pemahaman dan konsep serta fungsi yang ada pada engine sebuah Prius, perhatikan pada dua gambar rajah di bahagian bawah ini.




      Dalam Prius, sistem enjin yang digunakan adalah Atkinson cycle yang sambungkan kepada motor yang menggunakan kuasa elektrik sebagai penjana sumber kedua. Bahagian enjin menggunakan 4 silinder disusun selari berkeupayaan 1799 cc dengan 16 injap kemasukan dan keluar. Enjin ini berupaya menghasilkan 96.66 HP pada RPM 5.2. Tapi dalam penulisan kali ini, bukan bahagian enjin yang ingin dibicarakan tetapi bahagian eletrik motor.

       Prius menggunakan dua motor elektrik yang dinamakan sebagai "Generator" dan "Motor". Generator terletak antara enjin dan motor manakala motor terletak pada bahagian paling luar. Antara generator dan motor terbina satu teknologi yang dipanggil "Power split device". Ketiga-tiga elemen ini iaitu motor, generator dan PSD disambungkan terus kepada CVT untuk mengawal posisi gear.
       
        Apabila Prius dihidupkan, tenaga elektrik dari sumber bateri menggerakkan Generator sahaja tanpa menyebabkan sebarang pembakaran dilakukan pada bahagian enjin. Satu pam elektrik akan mengepam air panas untuk disalurkan keseluruhan engin agar proses pemanasan dilakukan dengan lebih cepat. Apabila pedal mintak ditekan secara lembut, tenaga kinetik yang dihasilkan oleh generator akan membantu untuk menggerakkan motor pada peringkat pertama. Apabila motor berpusing pada satu kadar yang sesuai, elektrik mula disalurkan sepenuhnya kepada motor. Dengan kuasa 60 HP berupaya untuk menggerakkan Prius dengan tenaga elektrik sahaja.
   
      Pada waktu Prius mencapai satu tahap lanjakan yang ditentukan, Power Split Device akan diaktifkan di mana tenaga kinetik putaran motor akan dibahagikan antara gandar tayar dan juga menggerakkan Generator. Pada saat ini, Generator diberhentikan sumber tenaga elektriknya dan ianya menukar mod daripada bertugas sebagai "motor" kepada dinamo. Pada saat ini, Prius berupaya untuk menjana tenaga bergerak ke hadapan sambil mengecas semula sumber bateri untuk simpanan elektrik.

      Enjin hanya akan melakukan pembakarannya apabila tenaga simpanan dalam bateri habis digunakan ATAU kuasa tambahan diperlukan untuk memecutkan Prius pada tahap satu par dengan 2400 cc untuk kenderaan yang lain. Apabila Prius berhenti daripada memecut, motor dan generator kedua-dua akan menukarkan mod kepada penyerapan dan penukaran tenaga kinetik kepada elektrik sepenuhnya. Agar tempoh pengecasan bateri dapat dilakukan dengan lebih cepat.

      Apabila Prius berhenti, semua sistem berfungsi akan berhenti daripada berfungsi dan hanya bahagian generator sahaja berpusing untuk seketika sehinggalah Prius betul-betul berhenti.



Filosofi & Pengembangan
Perbaikan terus menerus untuk masa depan yang lebih baik

Moving Forward adalah masa depan kita. Kita percaya bahwa tidak ada yang sempurna, hanya ada yang lebih baik. Moving Forward tidak hanya sekedar membuat mobil. Lebih dari itu, bagaimana meningkatkan kualitas hidup dan memberikan kontribusi kepada masyarakat kita. Hasil dari pengembangan ini adalah Toyota Hybrid System.

Sebuah teknologi revolusioner yang akan menyelaraskan kedua dunia.Di satu sisi, Toyota Hybrid System difokuskan untuk mengurangi polusi dan menjaga sumber daya yang berharga, disaat yang bersamaan mampu memberikan sebuah pengalaman yang mengasyikkan dalam berkendara.

Intinya, Toyota Hybrid System didesain untuk mengarahkan kita menuju masa depan. Pada saat kita menghadapi masa depan, hanya ada satu arah kemana kita akan bergerak.

Pengembangan Teknologi Toyota Hybrid
Dengan keterbatasan sumber daya alam, Hybrid System didesain untuk pengurangan konsumsi bahan bakar serta emisi rendah gas buang yang ramah lingkungan.

Eco-friendly, tidaklah cukup. Performa, sebagai syarat utama dari mobil, tidak mungkin dilupakan. Inilah pengembangan Toyota Hybrid System. Meskipun fokus pada efisiensi konsumsi bahan bakar dan emisi yang lebih ramah lingkungan, tetapi tenaga dan penampilan tetap menjadi prioritas.
Hasilnya adalah sebuah mobil yang nyaman dikemudikan dan menyenangkan untuk dimiliki.

Pencapaian Toyota Prius
Prius adalah produksi mobil hybrid pertama yang diproduksi secara massal dan diperdagangkan di Jepang pada tahun 1997. Selanjutnya, setelah sukses di Jepang, Prius juga mencapai kesuksesan pada peluncurannya di Amerika, seperti di Jepang. Pada Juli 2006, Penjualan Prius mencapai lebih dari 520.000 unit. Penjualan secara global dari mobil hybrid meroket dari 25.000 mobil pada tahun 2000 menjadi 300.000 mobil di tahun 20005, sebuah kenaikan yang mencengangkan, sekitar 1200%, jumlah Toyota dan Lexus lebih dari 80% dari seluruh penjualan mobil hybrid.


Peningkatan penjualan dari Toyota Prius
Perputaran Tonggak sejarah untuk melihat kuantitas total



Apa itu Teknologi Hybrid
Pemanfaatan yang terbaik dari kedua dunia
Sistem Hybrid menggabungkan kelengkapan terkuat dua jenis sumber daya - motor listrik dan mesin pembakaran internal. Untuk mengerti lebih jauh bagaimana teknologi Hybrid memanfaatkan kedua dunia tersebut, kita bandingkan bagaimana sebuah mobil konvensional dan mobil listrik bekerja.

Mobil Konvensional


Mobil konvensional mengandalkan sumber tenaganya dari bahan bakar, seperti bensin, solar, atau gas untuk bergerak. Pemanfaatan mesin pembakaran internal, tenaga dari hasil pembakaran bahan bakar dimanfaatkan dan diubah menjadi gerakan, yang mampu menggerakkan mobil. Walaupun secara umum menunjukkan kinerja yang baik dengan harga yang murah, mobil konvensional mengeluarkan emisi gas buang yang tinggi dan menciptakan polusi yang banyak dan terus menghabiskan sumber daya alam. 

Mobil Tenaga Listrik


Mobil tenaga listrik tidak membutuhkan apapun dari pembakaran. Listrik diubah menjadi tenaga melalui motor listrik, untuk menggerakkan mobil. Sekalipun mobil bertenaga listrik ini ramah lingkungan, tidak bising dan memiliki akselerasi yang baik, dia membutuhkan pengisian dan infrastruktur yang tepat. Hal ini membuat mobil bertenaga listrik menjadi tidak praktis.

Mobil Hybrid


Mobil hybrid menggunakan kombinasi dari motor listrik dan pembakaran di mesin, dengan memaksimalkan kekuatan dari kedua sumber daya tersebut disamping saling mengisi kekurangannya. Hasilnya adalah efisiensi konsumsi bahan bakar dengan performa yang luar biasa.

Fitur utama dari Kendaraan hybrid

Keunggulan Teknologi Hybrid
Efisiensi konsumsi bahan bakar yang tinggi, ramah lingkungan karena emisi gas buang yang rendah, ketenangan yang baik, dan performa yang luar biasa serta kepuasan mengemudi adalah beberapa keuntungan dari Toyota Hybrid System. Sistem ini digunakan pada Toyota Prius, dan memberikannya keuntungan besar



Ringkasan:

     Namun apa yang lebih utama ialah menjadikan teknologi hybrid sebagai teknologi mampu milik untuk segenap lapisan masyarakat dan juga untuk setiap jenis kenderaan. Kita telahpun melihat bas2 di Putrajaya menggunakan NGV sebagai bahan bakar utama dan siapa tahu kita akan melihat bukan sahaja kereta hybrid bahkan juga motosikal hybrid, lori hybrid dan bas hybrid suatu hari nanti.
Berusaha gigih dan bersungguh-sungguh wahai para jurutera automotif sekalian. Kita mampu lakukan.





 
  












 





No comments:

Post a Comment